Showing posts with label CT Nurhaliza. Show all posts
Showing posts with label CT Nurhaliza. Show all posts

ABPBH2009 : Anugerah Terindah & Terakhir Siti Nurhaliza

ucapan rasmi dari Siti Nurhaliza di fan page nyer...

Siti amat terharu dan gembira kerana Sitizoners, peminat2 Siti dan anda yg menonton ABPBH di kaca tv di mana saja anda berada menyaksikan kejayaan tersebut bersama2. Siti sempat bertemu peminat di Genting Highlands semalam dan kpd yg tdk datang ke sana, Siti juga amat menghargai setiap usaha anda. Andalah perkara plg h...ebat dalam hidup dan karier Siti-PEMINAT TERSAYANG!

Salam. Siti ingin berkongsi kejayaan Siti malam tadi, Penyanyi Wanita Popular dan Bintang Paling Popular ABPBH bersama anda semua yg tlh dan tanpa jemu menyokong Siti selama 15 thn ini. Siti pasti undian andalah yg memungkinkan Siti meraih anugerah2 tersebut dan terima kasih yg tak terhingga. Pengorbanan dan sokongan a...nda amat Siti hargai. Sayaaaaaaaannnnnnngggggggg anda semua!


Dengan meraih 225,300 undian, penyanyi terkenal tanah air, Dato' Siti Nurhaliza berjaya merangkul kembali gelaran Bintang Paling Popular yang dimenangi empat tahun lalu pada Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 yang berlangsung malam tadi.

“Ini adalah anugerah terindah dalam hidup Siti sepanjang 15 tahun Siti dalam industri muzik,” katanya ketika ditemui di 'Post Party' ABPBH.Umum mengetahui Siti merupakan artis yang paling banyak menjulang gelaran Bintang Paling Popular, sebanyak tujuh kali. Pada tahun lepas, gelaran ini diberi kepada pelakon dan pelawak, Nabil.

“Siti tak menaruh harapan yang tinggi untuk Bintang Paling Popular. Kalau kalah pun Siti akan datang juga sebagai tanda sokongan.”

Selain menerima gelaran Bintang Paling Popular, penyanyi kelahiran Pahang ini turut memenangi kategori Penyanyi Wanita Popular. Siti juga telah mencipta sejarah tersendiri apabila memenangi anugerah ini sebanyak 13 kali.“Siti bersyukur kerana Siti melihat peminat-peminat Siti adalah orang yang sentiasa berada di belakang Siti, sentiasa menyokong Siti tidak kira susah atau senang. 15 tahun ini penuh dengan cabaran.

“Bila berada di ABPBH, di situlah mereka membuktikan mereka masih setia dengan Siti. Siti bersyukur mempunyai peminat yang sangat-sangat baik hati, sentiasa nak Siti berada di atas pentas. Peminat semua dah buktikan pada Siti yang sokongan mereka memang tak berbelah bagi.”

Pada malam itu, Siti telah menerima hadiah utama berupa kereta Nissan X-Trail berharga RM130,000, barang kemas bernilai RM150,000, pakej penginapan bernilai RM18,000, perabot dan trofi.

“Alhamdulillah, bersyukur kerana diberi kejayaan dalam karier, peminat yang hebat, kehidupan yang baik. Saya harap jika mula dengan baik akan akhir dengan baik.

Ingin berehat dari ABPBH
Setelah mengharungi 15 tahun sebagai anak seni, Siti akhirnya membuat keputusan untuk menarik diri dalam pencalonan ABPBH pada masa akan datang. Keputusan ini sedikit sebanyak telah mengejutkan ramai pihak.“Ini yang terakhir. Siti amat-amat mengharapkan yang semua pihak memahami. Siti dah 15 tahun. ABPBH banyak memberi Siti kejayaan, buat Siti jadi artis yang begitu matang sekali.”

Ditanya apakah sebab beliau ingin menarik diri, Siti menjawab, “Tak ada apa. Siti rasa sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk Siti berehat dari ABPBH. Siti dah maklumkan dari awal kepada mereka. Tak ada masalah untuk Siti jika mereka minta Siti menyanyi. Siti akan hadir cuma untuk bertanding ni, Siti rasa sudah tiba masanya untuk Siti berehat.

“Siti cuma mengharapkan agar di masa akan datang, Siti hadir sebagai penyokong di majlis ini dan melihat sendiri perkembangan industri seni.

Apabila ditanya adakah Siti turut berehat dari anugerah-anugerah lain selain ABPBH, Siti menjawab, “Anugerah lain masih okay.”

Namun dalam penarikan diri Siti dari ABPBH, ada juga persepsi yang mengatakan Siti menarik diri kerana ingin bagi peluang kepada artis-artis lain.

“Kalau nak cakap bagi peluang pada orang lain, tak nak lah. Nanti nampak macam Siti ni angkuh, takbur, cakap besar. Tak. Tak ada niat macam itu. Siti tekankan di sini, Siti nak berehat,” jelasnya yang turut memberitahu beliau ingin memberi tumpuan kepada produk terbarunya, ‘SimplySiti’.

Apabila ditanya apakah rahsia kejayaan Siti selama 15 tahun ini, Siti menjawab, “Kejayaan datang bukan dengan mudah. Siti berusaha keras. Tidak ada kejayaan yang datang bergolek.

"Siti selalu perbaiki diri, bekerjasama baik dengan semua orang dan berkerja keras. Siti pasti orang lain boleh berjaya macam Siti.”

source : gua.com.my, sensasi selebriti...

ABPBH2009


ari ahad 4 april 2010...berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009...anugerah wajib tgk...sbb aku tau CT ada...hehehe...walaupon aku tak vote...tapi aku yakin CT akan menang...

pembukaan dari faizal tahir dan bunkface...biasa2 jer sbb aku minat biasa2 jer kat dorg hehehe...pengacara yg bez iaitu Kak Engku dan Sharifah Shahira...bez..bez...Tahniah kepada Kak Engku dan Shira yang berjaya memeriahkan majlis. Memang terbaik!!!

ni senarai pemenang n org2 yg aku bajet menang tapi tak menang huhuhu...

1. Anugerah Pengacara TV Lelaki Popular – Aznil Haji Nawawi (dah agak dah..memang layak pun)

2. Anugerah Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana (dah agak dah..memang layak pun)

3. Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail (dah agak dah..memang layak pun)

4. Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana (dah agak dah..memang layak pun)

5. Penyanyi Duo/Artis Berkumpulan – Bunkface (bajet Meet Uncle Hussein & Black yg menang)

6. Artis Komedi Lelaki Popular – Nabil Raja Lawak (dah agak dah...tapi zizan pon ada peluang dapat)

7. Artis Komedi Wanita Popular – Noorkhiriah (dah agak dah..semangat gile ucapan dia)

8. Artis Baru Lelaki Popular – Black Mentor (dah agak dah...memang layak pun)

9. Artis Baru Wanita Popular – Yunalis Zarai (dah agak dah)

10. Pelakon TV Lelaki Popular – Remy Ishak (aku bajet fahrin yg menang huhuhu)

11. Pelakon TV Wanita Popular – Tiz Zaqyah (dah agak dah...citer nur kasih punya penangan)

12. Artis Nasyid Popular – Rabbani (dah agak dah)

13. Penyanyi Lelaki Popular – Aizad (dah agak dah..memang layak pun)

14. Penyanyi Wanita Popular – Siti Nurhaliza (sgt..sgt..dah agak dah..hehehe)

15. Pelakon Filem Lelaki Popular – Que Hailar (bajet farid kamil...tp aku suke kalau aaron yg menang huhuhu)

16. Pelakon Filem Wanita Popular – Liyana Jasmay (dah agak dah...lisa surihani pon ada peluang)

17. Anugerah Sepanjang Hayat – Datuk Khadijah Ibrahim (tak leh nk agak...hehehe)

18. Anugerah Bintang PALING Popular Berita Harian – Datuk Siti Nurhaliza (sgt..sgt...sgt..dah agak dah...tahniah, tahniah dan tahniah lagi)

sebahagian daripada pemenang-pemenang ABPBH 2009



Siti Nurhaliza dan facebook..

ni kira smalam punya cerita...apa yg siti nurhaliza share kat fb dia...cantik betul la siti ni...aduhai...Datuk K gak yg untung sbb dapat siti...pada aku siti sentiasa juara carta aku...takde lagi org lain yg boleh menggugat kedudukan siti...smoga siti sentiasa bahagia dengan kehidupannya...aku doakan yg terbaik utk siti dan keluarga...semoga dapat baby cepat...tak sabar nk tunggu...

"Salam.....Wah!!! Waktu Siti masuk ni, angka frenlist kat sini adalah 111,011 (angka 1 or 11..ni amat2 memberi tuah pada Siti dan angka kegemaran, tak sangka pula waktu menulis ni, itulah angka yang Siti temui). Hari ini hari sibuk Siti, start jam 1pm sampai jam 530pm ni non-stop kerja yang menanti. Alhamdulillah..selagi ada kudrat....."


* kenapa siti suka no 1...siti kan lahir 11hb 1...lagipon siti sentiasa no 1...daripada 111,011 frenlist siti...akulah salah sorg daripadanya...aku kan peminat setia siti...mesti la kna ada...hehehe*

source : facebook siti nurhaliza

CT : Happy Birthday SITI NURHALIZA :)


Hari ni 11 Januari 2010...
(actually semalam sbb skang ni nk dkt pkul 2am so dah masuk 12hb la kan)
Tak lain dan tak bukan...ari ni bday seseorg yg aku ske sejak aku kecik lagi..sejak dia kluar tv aku dah ske kat dia nie...sampai la sekarang...bukannya xde artis lain yg muncul sepanjang tempoh aku membesar tapi entah la...ct jugak tetap jadi pojaan hatiku...lagipon maybe sbb dalam diri aku ni ada elemen kesetiaan yg lebih...bila dah ske kat seseorg tu...ske kat org tu jer la...setia betul...kiranya aku bukan lah peminat ct yg fanatik...sbb aku pon xde la tau smua lagu ct sjak 1st album...tp kalau lagu ct kluar radio, walaupun aku x tau lagu apa tp aku tau ct yg nyanyi...aku knal suaranya...suara yg bisa meruntun jiwa...senyuman yg bisa melenyapkan segala keresaan di jiwa...klasik betul ayat aku...masa skolah dulu x blaja sastera pon hahaha...walaupun aku bukanlah peminat fanatik ct...tapi aku adalah peminat setia ct...belum ada sesiapa lagi yg mampu menggugat kdudukan ct...carta no 1 nih hehehe...

kepada ct...aku ucapkan selamat hari lahir...semoga sentiasa bahagia dan dimurahkan rezeki...kejayaan sentiasa milikmu...

ucapan ct di facebooknya...(aku pon salah sorg yg wish..hikhik)
Terima kasih atas ucapan, ingatan dan doa anda pada hari lahir Siti hari ini....31 tahun, melalui banyak perkara dalam perjalanan hidup...dan Siti bersyukur kerana masih diberikan ruang utk bernafas hingga ke hari ini..Alhamdulillah....