Adam dilakonkan oleh Sein Ruffedge dan Maya dilakonkan oleh Lisa Surihani...aku takde la minat sgt Lisa Surihani...tapi Lisa mmg ada bakat yg bagus dalam lakonan...lagipon cerita ni menarik...sbb tu la aku akan teruskan menonton...
Apa yg aku dapat simpulkan dari cerita ni adalah......maybe ini adalah apa yg aku percaya dan apa yg aku pegang berdasarkan pengalaman yg aku tau la kan...
" biar masa mula-mula kenal tak suke..tapi bila dah kenal bertambah suke n sayang....daripada mula-mula kenal dah suke n sayang tapi bila dah kenal...rasa cam hampeh..."
Jom layan sinopsis cerita adamaya ni...
ADAMAYA diterbitkan oleh MIG Production Sdn Bhd dan hasil nukilan menarik oleh Feroz Kader manakala Zarihah Hassan bertanggungjawab dalam penulisan skrip. Perkahwinan adalah suatu ikatan suci manakala cinta sejati menuntut pengorbanan.
Begitulah yang terjadi terhadap Adam, 24 tahun (Hussein) dan Maya, 21 tahun (Lisa Surihani). Adam kelulusan undang-undang tetapi lebih cenderung kepada fotografi. Maya, 21 tahun ialah pelajar universiti tahun kedua dalam bidang insuran.
Ibubapanya mengambil keputusan mencarikan suami yang dapat menjaganya kerana mereka terpaksa bekerja di luar negara selama lima tahun. Adam ialah pilihan terbaik kerana ibubapa mereka bersahabat baik.
Adam menurut kehendak ibubapanya kerana tidak mahu menghampakan mereka. Maya pada mulanya membantah kerana telah mempunyai kekasih hati, Dani (Faizal Yusup) tetapi setelah dipujuk oleh ibubapanya, dengan alasan yang kukuh, dia akhirnya bersetuju.
Walaupun tiada perasaan cinta, Adam sebagai suami telah bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka. Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak. Selepas lima tahun, percintaan mereka menghadapi dugaan tatkala Maya digoda kembali oleh Dani. Adam mula berjauhan dengan Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering bergaduh.
Adakah Maya akan menyedari tiada cinta yang lebih tulus selain dari cinta suaminya?
“ADAMAYA mengisahkan perkahwinan di usia muda, di mana memerlukan komitmen yang tinggi dan tanggungjawab serta persefahaman sesama pasangan."
Jangan lepaskan peluang untuk menonton ADAMAYA menerusi slot Akasia, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.30petang, hanya di TV3.
source : budiey.com
0 comments:
Post a Comment