Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Alexander... Worth Reading....

aku tak ingat aku jumpa bnda ni kat mana...tapi aku suka bnda ni...dh lama ada dalam pendrive aku...agak bermakna kata2 dari alexander...sapa yg tak kenal alexander the great...sapa yg x kenal nmpak sgt la ponteng kelas sejarah...aku pon suka gak ponteng kelas sejarah masa form 4 n form 5...tapi aku tetap tau siapa itu alexander the great...aku suka dgn sejarah2 manusia yg berjaya...maybe sbb aku rajin tgk discovery channel..takpon history channel...byk bnda yg boleh di pelajari dgn kisah2 kejayaan dorg nih...sbb tu aku suka...

Artikel : Bolehkah Dimaafkan Kecurangan


Kecurangan masalah yang paling serius dan menyakitkan dalam perkahwinan. Walaupun pasangan suami isteri mengambil keputusan untuk bersatu kembali, namun sukar untuk pihak yang diduakan melupakan bayangan kecurangan lalu.

Si isteri/suami akan dihantui dengan pertanyaan: Siapa wanita/lelaki yang telah berjaya memikat hati suami/isteriku? Bagaimana penampilannya? Bagaimana suami/isteriku boleh tergoda dengan dia? Apalagi jika selama ini pihak yang berlaku curang itu tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami/isteri dan ayah/ibu.

Pertanyaan pokok: Mengapa dia boleh berlaku curang? Ada berbagai-bagai alasan kenapa. Antaranya, budaya patriak cenderung membenarkannya atau menganggapnya sesuatu yang biasa bagi seseorang lelaki. Meskipun kaum lelaki pada dasarnya memiliki kecenderungan untuk berlaku curang, kaum wanita juga mempunyai dorongan untuk tidak setia pada pasangan, walaupun alasan masing-masing berbeza.

Kedua-duanya boleh berlaku curang apabila ada kekecewaan atau hal-hal yang diharapkan tidak dipenuhi pasangan. Mengikut sesetengah pakar psikologi, wanita yang tertekan dalam hubungan dengan suami, atau memiliki suami yang sangat menuntut tetapi kurang memberikan perhatian, boleh tertarik pada lelaki lain yang dapat memberinya perhatian. Jika diputuskan untuk berlaku curang, ia adalah kerana situasi dalam diri individu itu sendiri.

Oleh kerana sebab-musabab terjadinya kecurangan itu pelbagai, maka lelaki berpenampilan baik pun boleh melakukannya. Mungkin dia merasakan tiada lagi benda-benda baru dalam perhubungannya yang tenang dan harmoni itu. Wanita pun apa kurangnya, apalagi dalam era di mana dunia kerja begitu terbuka dan membuka peluang untuk selalu bersua dengan orang-orang baru yang menarik. Pokoknya, kecenderungan berlaku curang ada pada manusia, jadi masing-masing perlu menjaga sikap diri sendiri dan sentiasa berkomunikasi dengan pasangan.

Untuk mengelak dari terpikat pada lelaki atau wanita lain, diperlukan niat atau kesungguhan dari dalam diri. Jika dituruti perasaan untuk menjalin hubungan emosi mahupun fizikal, akan ada sesuatu yang harus dikorbankan, sama ada perasaan isteri/suami, anak-anak atau orang tua.

Masalahnya, jika benar pasangan kita berlaku curang, relakah kita memaafkan dan menerimanya kembali? Atau mengambil sikap “tiada maaf bagimu”? Jawapannya bukan pada orang lain tetapi pada si individu itu sendiri. Baik suami atau isteri, mereka perlu bersikap jujur dalam memahami situasi, mengerti diri sendiri dan pasangan. Apakah kecurangan itu sudah menjadi satu kebiasaan yang tidak boleh dielakkan? Apakah ini satu kesilapan yang memang sungguh dikesali pihak yang curang? Apakah dia memiliki banyak kualiti positif dibandingkan negatif?

Bila dipaksakan diri kita untuk kekal dalam satu perhubungan sementara pasangan yang lain sudah enggan, hubungan itu akan menjadi wadah neraka. Jika kita bersikap kepala batu, menolak sementara pihak yang lain sebenarnya amat kesal dan mahu berubah, kita sebenarnya juga tidak bahagia. Jadi, kita harus bersikap jujur untuk mengakui perasaan kita dan mengakui bagaimana sikap pasangan terhadap kita.

Kita juga harus sedari bahawa untuk menjalin hubungan seperti dahulu memerlukan waktu yang panjang. Luka akan menjadi parut dan parut mengambil masa yang lama untuk kembali reda wajahnya. Hal ini hanya akan berlaku jika anda sudah betul-betul memaafkan perbuatannya dan terus berusaha memperbaiki diri sendiri dan perhubungan kamu. Ingatlah saja hal-hal baik pada dirinya kerana mengingat hal-hal yang buruk hanya akan membuat anda sakit hati.

Artikel : Wajib Buat Ketika Bercinta


Di dalam dunia ini, semua perkara yang kita lakukan haruslah mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Begitu juga di alam percintaan. Semua pasangan perlu mengikut peraturan-peraturan tertentu agar perhubungan yang terjalin tidak dipandang serong oleh segelintir masyarakat.

Dengan peraturan itu juga, kamu sebenarnya mampu mengecapi kebahagiaan. Apa yang penting, kamu dan pasangan sentiasa ikhlas ketika menjalinkan perhubungan dan tahu batas-batasnya.

Jika masih ada pasangan yang belum mengerti, apa kata kamu ikuti beberapa tip di bawah tentang perkara-perkara yang wajib kamu lakukan ketika bercinta bagi memastikan percintaan yang terjalin akan berakhir dengan kebahagiaan.

1. Sayangi dengan hati bukan perasaan
Jika kamu meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya pasti tidak akan bertahan lama. Ini kerana perasaan manusia tidak pernah mampu bertahan lama dan sentiasa berubah mengikut keadaan, masa dan situasi. Sebab itu, sebagai jalan terbaik, kamu mesti menyayangi si dia dengan ikhlas dan sepenuh hati.

Ini kerana jika kamu meletakkan perhubungan kamu berdasarkan hati, maka dari hati jugalah akan lahirnya cinta dan sayang yang kekal abadi untuk anda serta pasangan selama-lamanya.

2. Terima seadanya
Kamu harus akur tiada seorang pun di dunia ini yang sempurna segala-galanya. Oleh sebab itu, kamu harus menerima si dia seadanya dan terima segala kekurangan serta kelemahannya.

Walaupun mempunyai kelemahan, seharusnya kamu menganggapnya sebagai insan paling istimewa dalam hidupmu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah si dia mengikut kehendak kamu. Ini kerana sekali kamu berjaya mengubahnya, kamu akan terus berusaha untuk mengubahnya sehingga kamu merasakan si dia benar-benar sempurna di matamu.

Tentu kamu masih ingat bagaimana kamu boleh jatuh cinta padanya, sudah tentu kerana dia adalah dirinya dan perkara itulah yang perlu kamu pertahankan. Jika kamu terus selesa dengan apa yang ada padanya, si dia sudah tentu lebih cinta kepada kamu.

3. Hargai pengorbanannya
Si dia tentu telah banyak berkorban demi mempertahankan percintaan yang terjalin. Oleh sebab itu, kamu perlu menghargai segala pengorbanannya dan jangan sekali-kali pernah terfikir untuk mempermainkan hati dan perasaannya.

Jika kamu bijak menghargai segala pengorbanan yang telah dilakukannya, tidak mustahil si dia sanggup melakukan apa sahaja untuk kamu demi untuk melihat kamu tersenyum setiap hari.

4. Hormati pendiriannya
Sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain menjadikan hubungan cinta yang terjalin lebih bermakna dan romantis. Jika si dia masih belum dapat menerima cinta kamu sepenuhnya, jangan sekali-kali mendesak atau memaksanya.

Sikap kamu yang suka memaksa dan mendesak membuatkannya cepat bosan dan akhirnya akan pergi meninggalkan kamu. Jalan terbaik, hormatilah pendiriannya dan berikannya masa untuk memikirkan tentang perhubungan yang terjalin.

Sebaliknya, sikap kamu yang memahami dan sentiasa menghormati pendiriannya sedikit sebanyak sudah pasti akan menarik perhatiannya. Oleh itu, berikannya masa. Bak kata pepatah, jika sudah sememangnya jodoh anda bersamanya, pasti tidak akan ke mana-mana.

5. Yakin pada keistimewaannya
Setiap individu pastinya mengimpikan seorang pasangan yang bukan sahaja sempurna malah punya keistimewaan yang tersendiri. Jika pasangan kamu seorang yang tampan, bijak, kaya dan berkerjaya bagus, itu tentunya satu bonus buat anda.

Jika pasangan anda seorang yang sederhana, yakinlah pada keistimewaan lain yang dimilikinya. Jangan sekali-kali merendah-rendahkan dirinya. Apa yang penting si dia mencintai kamu sepenuh hati dan sanggup melakukan apa sahaja demi melihat kamu gembira.

6. Jangan berprasangka
Sikap wanita yang terlalu suka berprasangka buruk terhadap lelaki sering menjadi alasan mengapa lelaki suka mencari wanita lain di dalam hidupnya. Ini kerana sikap suka berprasangka hanya akan memburukkan perhubungan yang terjalin.

Jalan terbaik, kamu memberikannya peluang untuk memberi penjelasan dan percayalah kepada kata-katanya. Jika kamu masih ragu-ragu, selidikinya dengan cara yang paling terpuji dan cuba letakkan diri kamu di dalam situasi yang sedang dihadapinya.

Sikap kamu yang sentiasa memberikannya peluang untuk menyatakan perkara sebenar sudah pasti amat dihargainya. Sekaligus peluang untuk kamu menjalinkan hubungan cinta dengan lebih bermakna, terbentang luas di hadapanmu.

7. Sayanginya setiap hari
Usah sesekali kamu berjanji untuk mencintai dan menyayangi si dia buat selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi kamu mungkin akan berakhir keesokan harinya.

Cubalah berjanji untuk menyayangi dirinya setiap hari dan cuba jadikan setiap hari itu adalah hari terakhir untuk kamu berdua. Cuba lakukannya dan pastinya kehidupan intim kamu dan pasangan akan berubah ceria. Ini kerana setiap hari kamu akan saling menyayangi antara satu sama lain.

8. Capai persefahaman
Kata orang, perkara yang paling penting dalam kehidupan berpasangan adalah sikap saling memahami antara satu sama lain. Oleh sebab itu cubalah berusaha untuk mencapai persefahaman. Harus diingat rasa persefahaman itu perlu dipupuk dan ianya tidak lahir secara semulajadi.

Paling baik jika kamu bukan sahaja memahami tetapi turut sama di dalam aktiviti-aktiviti yang gemar dilakukannya. Dengan ini, perhubungan yang terjalin akan menjadi lebih erat dan mampu untuk bertahan selamanya.

9. Jangan cepat berbangga
Berjaya memilikinya bukan satu tiket untuk anda berbangga atau bermegah-megah. Anda hanya boleh berbangga jika perhubungan yang terjalin itu berjaya anda jaga sehingga ke akhir hayat anda.

Ini kerana tiada seorang pasangan pun yang gemar memiliki pasangan yang suka berbangga dengan kejayaan yang dimiliki. Oleh sebab itu, sentiasalah bersederhana dan jadikan kehidupan anda berdua sama seperti kebanyakan pasangan lain yang ada di luar sana.

10. Sentiasa bersyukur
Walaupun lelaki memiliki sifat tidak pernah puas, namun berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita lebih sukar untuk dipuaskan di dalam apa jua aspek.

Mereka tidak pernah puas dengan apa sahaja yang diberikan oleh lelaki termasuklah layanan di ranjang. Wanita juga dikatakan sukar untuk menahan diri daripada mahu memiliki sesuatu yang sempurna.

Adakalanya mereka sanggup merayu-rayu asalkan apa yang mereka hajati diperolehi. Sikap sebegini amat menjengkelkan lelaki kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang sentiasa bersyukur dengan apa sahaja yang mereka miliki.