Reunion : Pergi atau Tidak ?????

ujung minggu ni aku ada reunion kat chepor...nak pegi ke tak nak ek...mmg la aku dah bayar...bkn aku yg bayar pon...ein yg bayar...masa aku folo dia g bank utk bank in duit reunion...dia bayar utk aku skali...walaupon masa tu hati aku mmg berbelah hati sama ada nak pg @ tak...sampai la ke hari ini pon...aku still tak decide lagi...

td sembang ngn kakyat...aku cakap...camner la nk jd engineer ni kalau bnda kecik camni pon susah nk decide...hahaha...kakyat mengiyakan aje...maybe pasal keje takde masalah...technical thing...tapi bila melibatkan hati perasaan jiwa dan janji pd diri sendiri...aku jadi serabut...janji yg aku sndiri janji pd diri aku sndiri tanpa pengetahuan org yg terlibat dalam janji aku tu....

" aku takkan jumpa dia...berhadapan dgn dia..selagi aku belom menjadi manusia yg berjaya"

itu janji aku...aku tau dia akan datang reunion tu...lagipon br jap td aku tgk nama dia ada dlm senarai insan2 yg akan hadir reunion tu...aku tau dia takkan kisah dgn keadaan aku skarang ni...sejak kiteorg dah tak bertegur sapa sejak 4-5 tahun dulu...aku tak rasa dia kisah pon pasal aku...tapi apsal aku kisah sgt dgn keadaan aku skarang ni utk jumpa dia....

aku yg tak nak...aku tak nak dia tgk aku dlm keadaan camni...huhuhuhu

Siti Nurhaliza dan facebook..

ni kira smalam punya cerita...apa yg siti nurhaliza share kat fb dia...cantik betul la siti ni...aduhai...Datuk K gak yg untung sbb dapat siti...pada aku siti sentiasa juara carta aku...takde lagi org lain yg boleh menggugat kedudukan siti...smoga siti sentiasa bahagia dengan kehidupannya...aku doakan yg terbaik utk siti dan keluarga...semoga dapat baby cepat...tak sabar nk tunggu...

"Salam.....Wah!!! Waktu Siti masuk ni, angka frenlist kat sini adalah 111,011 (angka 1 or 11..ni amat2 memberi tuah pada Siti dan angka kegemaran, tak sangka pula waktu menulis ni, itulah angka yang Siti temui). Hari ini hari sibuk Siti, start jam 1pm sampai jam 530pm ni non-stop kerja yang menanti. Alhamdulillah..selagi ada kudrat....."


* kenapa siti suka no 1...siti kan lahir 11hb 1...lagipon siti sentiasa no 1...daripada 111,011 frenlist siti...akulah salah sorg daripadanya...aku kan peminat setia siti...mesti la kna ada...hehehe*

source : facebook siti nurhaliza

Kereta Sport Mewah Nissan GTR milik Datuk Lee Chong Wei

Arini entri pasal celebrity yer...Yer aku nak citer tentang pemain badminton kesayangan negara, Datuk Lee Chong Wei yang baru jer menang kejohanan All England 2010 edisi ke 100 baru-baru ni...memang best masa aku tgk final tu...teruja sekejap...

Tapi arini aku bertambah teruja bila tgk kereta baru Datuk Lee chong Wei...dengan kejuaraan demi kejuaraan yang berjaya di capai oleh Datuk Lee Chong Wei serta statusnya sebagai pemain badminton nombor 1 dunia...Datuk Lee Chong Wei skarang ni dah pandai meletakkan diri dalam golongan elit & memang sepatutnya Datuk Lee Chong Wei berada disitu...

Tidak dinafikan dengan memiliki kereta sport mewah seperti Nissan GTR adalah merupakan lambang dan bukti kejayaan bagi seseorang individu...termasuklah aku...agak2nye kereta apa yg bakal aku pakai...BMW Z4 Coupe sudah semestinya...cerita pasal BMW aku entri lain kali...arini pasal Nissan GTR Datuk Lee Chong Wei...




aku dan sekolah-sekolah ku...


saje nak glamer kan sekolah aku yg sedia ada glamer...cewah...cam la belajar kat sekolah yg top2...aku hanya pelajar biasa yg sentiasa inginkan keputusan yg luar biasa...hahaha...tak boleh blah ayat tu...

aku belajar kat byk sekolah...sbb family aku slalu pindah...ayah aku kan askar...sbb tu la rajin pindah...ni aku buat senarai nama sekolah kat sekolah yang aku penah belajar...aku rasa bukan sekolah jer...aku nk letak gak tempat aku melanjutkan pelajaran...baru la cita-cita aku dalam buku biodata kawan-kawan aku masa kecik2 dulu tercapai...

ingat lagi...kalau buat biodata dalam buku biodata kawan-kawan...

cita-cita : berjaya hingga ke menara gading.....

hahaha...bukan aku sorg je dowh yg macam tu...boleh dikatakan semua camtu...aku tak tau la pulak budak2 zaman sekarang...ada lagi ker pon buku biodata? ntah2 smua dh berfesbuk...alan yg darjah 6 pon dh pndai berfesbuk...mesti takde buku biodata kan....

Tadika di Tabika Kemas Kuala Lumpur...
Darjah 1 - Darjah 4 sekejap je kat Sekolah Kebangsaan Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Darjah 4 - Darjah 6 kat Sekolah Kebangsaan Kampung Pasir Puteh, Ipoh, Perak.
Tingkatan 1 sekejap je kat Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Pasir Puteh, Ipoh, Perak.
Tingkatan 1 - Tingkatan 4 sekejap je kat Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan, Ipoh
Tingkatan 4 - Tingkatan 5 kat Sekolah Menengah Teknik Kuala Kangsar, Padang Rengas, Perak

Diploma kat Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak
Ijazah Sarjana Muda kat Universiti Teknologi Malaysia

aku bangga sebab pernah belajar kat tempat2 ni...terima kasih kepada warga pendidik yg pernah mendidik aku....

First Love _ Utada Hikaru


lagu favourite masa aku diploma...sampai skarang pon aku still suka...kalau main game VOS...mesti aku main lagu ni...VOS tu game ala2 macam main piano...dah bertahun2 main pon aku still x leh challenge kawan baik aku...paling tinggi pon aku boleh score sampai level 10...kawan baik aku kat level 5 @ 4 camtu la...terer tul dia main...maybe sbb dia ada ilmu main piano nk banding ngn aku yg mmg xde ilmu langsung bab2 main piano ni...tp practice make perfect kan...huhuhu...nt lah aku main lagi...dah lama tinggal...ni lagu korea...tapi baru2 ni aku terjumpa lirik yg versi english...sajer la share bnda2 yg aku suka...apapun...aku mmg suka sangat dgn lagu ni....layannnnn......

FIRST LOVE_Utada Hikaru _english version_

Once in a while
You are in my mind
I think about the days that we had
And i dream that these would all come back to me
If only you knew every moment in time
Nothing goes on in my heart
Just like your memories
How I want here to be with you
Once more

You will always gonna be the one
And you should know
How I wish I could have never let you go
Come into my life again
Oh, don't say no
You will always gonna be the one in my life
So true, I believe i can never find
Somebody like you
my first love

Once in awhile
Your are in my dreams
I can feel the your warm embrace
And I pray that it will all come back to me
If only you knew every moment in time
Nothing goes on in my heart
Just like your memories
And how I want here to be with you
Once more
yah yah yah

You will always be inside my heart
And you should know
How I wish I could have never let you go
Come into my life again
Please don't say no
Now and forever you are still the one
In my heart
So true, I believe I could never find
Somebody like you
My first love
oh oh

You will always gonna be the one
And you should know
How I wish I could have never let you go
Come into my life again
Oh, don't say no
You will always gonna be the one
So true, I believe I could never find
Now and forever


Filem Gadoh The Movie 2009


Sempat gak aku layan citer ni kat youtube...menurut info citer ni adalah filem melayu yang tak diluluskan oleh Kerajaan untuk ditanyangkan...

Sebab??? Aku rasa maybe sbb citer ini sensitif kot... citer ini mengisahkan pergaduhan bangsa Melayu, Cina dan India di Malaysia...bahasa dalam citer ni mmg dasat dowh...ayat lepas punya...ayat2 dan perkataan2 yg biasa digunakan remaja2 skang ni...maybe sebab tulah filem arahan Brenda Danker dan Namron ni tak dapat kelulusan daripada FINAS kot.tapi bagi aku citer ni merupakan realiti masyarakat skarang... terutamanya dalam golongan remaja... bergaduh..bergaduh..bergaduh...

Citer ni mmg tak diluluskan utk tayangan pawagam...tapi zaman internet serba canggih skarang ni...apa lagi...boleh download kan...so dapat la citer ni disampaikan pada masyarakat malaysia sekalian...

aku suka citer ni...cuma bab ending cam boleh buat yg lagi baik la...teruskan usaha...

Pelakon2 utama citer Gadoh The Movie 2009


Chelsea (1) vs Blackburn Rovers (1)

camner la chelsea boleh seri ni...patutnya kena menang...dah la skarang ni dh turun tangga ke-3 kat EPL...apa sudah jadi chelsea??? adoyai...rabu ni chelsea ada match lagi...lawan portsmouth...chelsea kena menag besar lawan portsmouth...baru leh naik no 1...chelsea go chelsea... arini punya match...drogba yg gol...

'My Name Is Khan' Berjaya Mengangkat Islam Di Mata Barat

teringin gak aku nak tgk citer ni...rajin gak aku folo info2 pasal citer ni...ramai yg memuji...tp apsal aku cam tak nmpak jer citer ni kat wayang malaysia...tak keluar lagi kot...takper2...aku tunggu...tahniah kepada shah rukh khan dan kajol...korang memang mantop...tahniah juga kepada karan johar kerana menghasilkan karya hebat ini....teruskan usaha...


Ulasan oleh ZIEMAN

PENANTIAN untuk menonton filem My Name Is Khan (MNIK) adalah sesuatu yang sukar difahami jika anda bukan peminat 'King Khan' atau Datuk Shah Rukh Khan.

Menonton dan menghayati setiap dialog yang diucapkan oleh Shah Rukh dalam filem MNIK, yang mengangkat martabat orang Islam di seluruh dunia ini, ibarat satu 'tanggung jawab' .

Atas beberapa sebab, filem ini tidak boleh dilihat dari perspektif filem Bollywood kerana penghasilan dan cara garapan filem ini jauh berbeza dari semua filem Hindustan yang pernah ditonton.

Tidak ada lagu merdu yang berjela-jela atau persalinan pakaian hingga durasi lima minit, tidak ada kesedihan yang klise seperti yang selalu ada dalam filem Bollywood dan tiada tarian. Anda mungkin kecewa tapi bagi peminat Shah Rukh, apa saja yang dihidangkan oleh bintang ternama ini adalah satu cenderahati.

Bagi mereka yang berharap menyaksikan sebuah lagi filem Hindustan pasti akan sedikit kecewa kerana pengarah Karan Johar berjaya lari dari expectation peminat filem Hindi.

Tapi durasi filem MNIK sama seperti semua filem Hindustan yang pernah anda tonton iaitu hampir 3 jam. Filem ini hidup dari awal hingga akhir kerana babak-babak realistik yang cuba dipaparkan dari kaca mata seorang pengarah bukan beragama Islam, Karan Johar.

Karan sejujurnya cuba bercerita tentang dilema seorang Islam bernama Rizvan Khan, yang mempunyai penyakit Aspergers sindrom (sejenis penyakit Autistik) yang dicurigai oleh bangsa Amerika. Rizvan dicop sebagai pengganas hanya kerana dia orang Islam dan peristiwa ini berlaku selepas kejadian hitam 9/11.

Disebabkan penyakitnya, Rizvan mempunyai masalah sosial dan tidak mampu berinteraksi secara normal.

Ibu Rizvan selalu menekankan bahawa tidak ada orang Islam baik dan orang Islam jahat, tidak ada orang Kristian baik dan orang Kristian jahat dan tidak ada orang Hindu baik dan orang Hindu jahat.

Kebaikan dan kejahatan ada pada manusia, tetapi itu tidak ada kaitannya dengan agama yang dianuti. Didikan ibu terpahat erat dalam benak Khan hingga Rizvan merasa didikan ibunya benar tetapi realiti yang dihadapinya sangat jauh berbeza.

Setelah ibunya meninggal, Rizvan terpaksa tinggal dengan adik lelakinya (lakonan Shergill) di Amerika. Di sinilah dia berjumpa dan jatuh hati dengan pedandan rambut bernama Mandira (Kajol), seorang ibu tunggal yang baik hati, bebas laku dan tinggal bersama anaknya, Sam, 6.

Cerita cinta Rizvan-Mandira agak luar biasa kerana latar belakang kedua mereka yang berlainan agama dan gaya hidup.Perkahwinan mereka yang mulanya mendapat tentangan adiknya, berakhir dengan baik. Namun kisah cinta mereka yang baru bermula 'terputus' apabila peristiwa September 11 di New York City menjadi penyebab beberapa insiden.

Sam dibelasah teruk hingga mati di sekolahnya kerana namanya ditukar ke 'Khan' sempena nama ayah tirinya, Rizvan Khan. Disebabkan insiden tragis ini, Mandira menolak Rizvan dan menghalaunya.

Segalanya berubah, kedua-duanya terpisah dan cerita cinta mereka bergilir mengharu birukan emosi penonton.

Hanya satu saja syarat diberikan untuk Rizvan kembali ke pangkuan Mandira. Dia harus berjumpa dengan Presiden Amerika dan memberitahunya, My Name Is Khan...And I Am Not A Terrorist.

Bagi Mandira, selagi namanya Khan, dia akan tetap dianggap sebagai pengganas. Dan di sinilah babak pertama filem ini bermula, di mana Rizvan 'Shah Rukh' Khan mengenggam tiga biji batu hitam sambil mulutnya berzikir 'Qul Huwallahu Ahad' sehingga menimbulkan curiga mata-mata yang memandang.....

Jika selama ini, anda masih curiga apakah benar Shah Rukh Khan seorang Islam, filem ini membuka mata kita tentang ini. Mungkin ini satu-satunya filem Shah Rukh yang boleh diibaratkan seperti 'sirih pulang ke gagang'.

Perlakuan rasis yang dialami Rizvan ada kalanya menyentuh perasaan, ada ketika membuat kita terfikir bagaimana buruk sangka dapat membuat manusia berubah dari baik ke sifat haiwan.

MNIK mendapat bantahan parti Hindu, Shiv Sena, di tanah airnya sendiri hanya kerana satu kenyataan Shah Rukh yang membela pemain kriket Pakistan agar diserapkan ke India Premier League (IPL).

Kemarahan Shiv Sena tercetus kerana hubungan India-Pakistan yang hingga sekarang masih dilanda perang dingin. Akibat kenyataan Shah Rukh, Shiv Sena berusaha melarang filem ini ditayangkan di India.

Kini, filem ini semakin dingin sambutannya di Mumbai, berbeza sekali dengan respon di Amerika dan Eropah.

Sejauh mana, bangsa Amerika menerima filem ini masih terlalu awal untuk dibuat rumusan.

Sembilan tahun setelah tragedi peristiwa 9/11, paranoia atau sikap perkauman terhadap umat Islam yang ditindas akhirnya berjaya digambarkan secara menarik sekali melalui sebuah layar filem Bollywood.

Mungkin filem ini ada beberapa kelemahan namun ia tidak begitu ketara. Yang penting, rasa bangga berbunga di hati sepanjang menonton filem ini.

MNIK berjaya menyingkap sikap rasis Amerika terhadap Islam. Lebih tepat, buruk sangka keterlaluan terhadap apa saja yang berbau Islam, dari janggut sunnah, pakaian, peradaban hingga ke nama.

Diskriminasi barat terhadap Islam seperti yang ditunjukkan di dalam MNIK adalah satu fakta yang pernah terjadi terhadap Shah Rukh sendiri. Dan perkara ini pernah dilaporkan di beberapa media utama tahun lepas ketika filem ini sedang rancak dalam penggambaran.

MNIK sebenarnya berkisar tentang hubungan Rizvan dan Mandira, antara seorang individu bernama Rizvan dan pengaruhnya di sebuah negara barat hingga menimbulkan kebangkitan semangat solidariti sesama orang Islam lantas menutup terus mulut bangsa barat tentang Islam.

Terdapat tiga isu penting yang dikupas dalam filem ini: Islam, Cinta Seorang Autistik dan Pengorbanan.

MNIK berbicara tentang Islam dan bagaimana pandangan dunia terhadap Islam.

Agama bukanlah kriteria untuk menentukan orang itu baik atau jahat, dan itu adalah satu kenyataan yang diulang-ulang tanpa disedari sepanjang filem ini.

Apabila anda meninggalkan pawagam setelah selesai menonton filem ini, ada satu perkara yang anda akan ingat sampai bila-bila. Mungkin Shakespeare pernah berkata...What's In A Name? (Apa Ada Pada Nama?). Bagi mereka yang beragama Islam, nama adalah segalanya dan jawapannya terdapat dalam filem ini. Akhir kata, 'Nama saya BUKAN Khan, dan saya bukan pengganas!'

source: mstar online