ucapan rasmi dari Siti Nurhaliza di fan page nyer...
Siti amat terharu dan gembira kerana Sitizoners, peminat2 Siti dan anda yg menonton ABPBH di kaca tv di mana saja anda berada menyaksikan kejayaan tersebut bersama2. Siti sempat bertemu peminat di Genting Highlands semalam dan kpd yg tdk datang ke sana, Siti juga amat menghargai setiap usaha anda. Andalah perkara plg h...ebat dalam hidup dan karier Siti-PEMINAT TERSAYANG!Salam. Siti ingin berkongsi kejayaan Siti malam tadi, Penyanyi Wanita Popular dan Bintang Paling Popular ABPBH bersama anda semua yg tlh dan tanpa jemu menyokong Siti selama 15 thn ini. Siti pasti undian andalah yg memungkinkan Siti meraih anugerah2 tersebut dan terima kasih yg tak terhingga. Pengorbanan dan sokongan a...nda amat Siti hargai. Sayaaaaaaaannnnnnngggggggg anda semua!Dengan meraih 225,300 undian, penyanyi terkenal tanah air, Dato' Siti Nurhaliza berjaya merangkul kembali gelaran Bintang Paling Popular yang dimenangi empat tahun lalu pada Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 yang berlangsung malam tadi.
“Ini adalah anugerah terindah dalam hidup Siti sepanjang 15 tahun Siti da
lam industri muzik,” katanya ketika ditemui di 'Post Party' ABPBH.
Umum mengetahui Siti merupakan artis yang paling banyak menjulang gelaran Bintang Paling Popular, sebanyak tujuh kali. Pada tahun lepas, gelaran ini diberi kepada pelakon dan pelawak, Nabil.
“Siti tak menaruh harapan yang tinggi untuk Bintang Paling Popular. Kalau kalah pun Siti akan datang juga sebagai tanda sokongan.”
Selain menerima gelaran Bintang Paling Popular, penyanyi kelahiran Pah
ang ini turut memenangi kategori Penyanyi Wanita Popular. Siti juga telah mencipta sejarah tersendiri apabila memenangi anugerah ini sebanyak 13 kali.
“Siti bersyukur kerana Siti melihat peminat-peminat Siti adalah orang yang sentiasa berada di belakang Siti, sentiasa menyokong Siti tidak kira susah atau senang. 15 tahun ini penuh dengan cabaran.
“Bila berada di ABPBH, di situlah mereka membuktikan mereka masih setia dengan Siti. Siti bersyukur mempunyai peminat yang sangat-sangat baik hati, sentiasa nak Siti berada di atas pentas. Peminat semua dah buktikan pada Siti yang sokongan mereka memang tak berbelah bagi.”
Pada malam itu, Siti telah menerima hadiah utama berupa kereta
Nissan X-Trail berharga RM130,000, barang kemas bernilai RM150,000, pakej penginapan bernilai RM18,000, perabot dan trofi.
“Alhamdulillah, bersyukur kerana diberi kejayaan dalam karier, peminat yang hebat, kehidupan yang baik. Saya harap jika mula dengan baik akan akhir dengan baik.
Ingin berehat dari ABPBHSetelah mengharungi 15 tahun sebagai anak seni, Siti akhirnya membuat keputusan untuk menarik diri dalam pencalonan ABPBH pada masa akan datang. Keputusan ini sedikit sebanyak telah mengejutkan ramai pihak.
“Ini yang terakhir. Siti amat-amat
mengharapkan yang semua pihak memahami. Siti dah 15 tahun. ABPBH banyak memberi Siti kejayaan, buat Siti jadi artis yang begitu matang sekali.”
Ditanya apakah sebab beliau ingin menarik diri, Siti menjawab, “Tak ada apa. Siti rasa sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk Siti berehat dari ABPBH. Siti dah maklumkan dari awal kepada mereka. Tak ada masalah untuk Siti jika mereka minta Siti menyanyi. Siti akan hadir cuma untuk bertanding ni, Siti rasa sudah tiba masanya untuk Siti berehat.
“Siti cuma mengharapkan agar di masa akan datang, Siti hadir sebagai penyokong di majlis ini dan melihat sendiri perkembangan industri seni.
Apabila ditanya adakah Siti turut berehat dari anugerah-anugerah lain selain ABPBH, Siti menjawab, “Anugerah lain masih okay.”
Namun dalam penarikan diri Siti dari ABPBH, ada juga persepsi yan
g mengatakan Siti menarik diri kerana ingin bagi peluang kepada artis-artis lain.
“Kalau nak cakap bagi peluang pada orang lain, tak nak lah. Nanti nampak macam Siti ni angkuh, takbur, cakap besar. Tak. Tak ada niat macam itu. Siti tekankan di sini, Siti nak berehat,” jelasnya yang turut memberitahu beliau ingin memberi tumpuan kepada produk terbarunya, ‘SimplySiti’.
Apabila ditanya apakah rahsia kejayaan Siti selama 15 tahun ini, Siti menjawab, “Kejayaan datang bukan dengan mudah. Siti berusaha keras. Tidak ada kejayaan
yang datang bergolek.
"Siti selalu perbaiki diri, bekerjasama baik dengan semua orang dan berkerja keras. Siti pasti orang lain boleh berjaya macam Siti.”