Siapakah aku....

Just a few info bout myself...(ade yg betul...ade yg x...) so just check it out...

Percaya atau tak, kite boleh mengenal diri sndiri dgn mudah tanpa pegi hospital untuk kenal diri sendiri ataupun dengan mengadakan sesi consultation...byk kuiz kat intenet...zaman teknologi canggih...cuma ada yg boleh percaya dan ada yg tak boleh dipercayai...pandai2 la nilai sendiri...

ni apa yang aku sajer2 try test...

aku memang lahir pada hari sabtu...baper ari bulan tak yah la tau..biar yg empunya blog je tau...apa yg menarik perhatian aku dgn result kuiz ni....
1. Faithful Lover...
aku memang jenis yg setia kan...hahaha..iyer lah tu...jauh di sudut hati aku tau aku mmg seorg yg setia...kalau aku suke satu tu...sampai bila2 aku tetap suke...bukan la aku takkan terima yg lain...aku terima..tapi aku tetap akan suke yg satu tu...
2. Forgiving Nature...
emm..aku cepat maafkan org lain...aku tak suke nk simpan dalam hati...tu yg kadang2 ada yg amik kesempatan buat salah byk kali kat aku tu..sbb tau aku ni jenis yg cepat memaafkan..agak melampau kan org2 yg macam tu...

Yang lain2 tu aku setuju jugak..mmg ada dalam diri aku...kalau nk komen pjg plak nt entri kali ni..hehehe


no 7..aku tau ni sbb aku pnah buat metafizik yg Dr. Azizan ajar..mmg kalau ikut tarikh bday aku...mmg my root number is 7...byk lagi la yg boleh disimpulkan dari Dr. Azizan...Nt lain kali maybe aku bleh letak apa yg aku dapat dari Dr. Azizan...Bak kata Dr. Azizan...Yang baik truskan..Yang tak elok boleh diperbaiki..hehehe


ni pasal kerjaya vs zodiak aku...agak menarik dan tertarik sebenarnya...aku tak berapa pasti tentang ni sbb aku masih lagi seorg penganggur terhormat hahaha...tapi menurut org2 yg rapat dgn aku..dorg kata aku ada ciri2 seperti di atas...hahaha..ada gak la beberapa perkara yang aku setuju...sbb mmg ada dalam diri aku n ada dalam setiap future iklan kepala otak aku ni...alhamdulillah...amin :)

Edisi Khas...

ni la bila takde keje nak buat...mula la bnda2 kreatif dtg...tgh syok layan komik yu yu hakusho...dapat lak ilham nk buat bnda ni...disbbkan ada ilmu photoshop dalam kepala otak ni...ni la yg terjadi...hasil keje yg mmg aku suke...

sepanjang tempoh aku hasilkan bnda tak seberapa ni...kepala otak aku terfikirkan seseorg...seseorg yg dah lama aku tak jumpa...teringin jugak utk jumpa...teringat zaman silam...kalau la boleh dibawa balik zaman silam tu ke masa sekarang ni...alangkah bahagia nyer idup...tapi aku blom bersedia utk jumpa seseorg tu...biarlah...biar masa tentukan...yg pasti bukan skarang...aku blom bersedia...

Merindukanmu_DMasiv

saat aku tertawa di atas semua
saat aku menangisi kesedihanku
aku ingin engkau selalu ada
aku ingin engkau aku kenang

selama aku masih bisa bernafas
masih sanggup berjalan
ku kan slalu memujamu
meski ku tak tau lagi
engkau ada di mana
dengarkan aku ku merindukanmu

saat aku mencoba merubah sgalanya
saat aku meratapi kekalahanku

dengarkan aku ku merindukanmu

Story From a Snail

1_When someone tells you that you can't do something...


2_Look around...


3_Consider all options...


4_Then GO for it!


5_Use all the things God gave you!


6_Be creative


7_In the end, you will succeed and prove them wrong_Always remember...When there is a will there is a way

Edisi J...


dah lama tak bercerita dgn J...semalam sempat jugak aku bercerita dgn dia...pada aku mmg takde hal2 yg menarik pon yg berlaku kecuali apa yg akan berlaku nx week...apa yg akan berlaku nx week...emmm...tak leh citer skarang...nx week baru bercerita...semoga semuanya berjalan lancar...you will when you believe...just believe...

cerita pasal J...J ada skandal dgn seorg pompuan...dan pompuan tu adalah kawan lama dia+ex lama dia+isteri kepada seseorg...dan pompuan tu bernama T....perkara pertama yg keluar dr aku..."Ko giler ke J..." kata J...T yg cari dia...rasanya ada prob ngn suami dia..walaupon T tak cakap ape2...tapi aku dgn J boleh agak la...sbb masa J ada affair dgn T...masa tu T dah bertunang...mmg dorg kawan lama...tapi dah lama tak contact...

masa mula2 ada affair...J tak tau yg T dh bertunang...bila dah tau J cam ragu2 nk teruskan...tapi disbbkan J yg mmg playboy...apa dia kesah...bukan dia nk kawen dgn T pon...so J teruskan jer....sampai satu tahap dah kantoi dgn tunang T...dorg stop sbb T senyap camtu jer...J pon tak kesah sgt...

skarang ni T datang cari J balik...ape ke de hal la T ni...nt kang kalau suami dia tau camner...senang je...cam dulu jugak la...senyap trus dr J...J mmg tak kesah...sbb pada J...T tu sekadar stok isi masa lapang...macam2 la J...bila aku tanya skarang ni serius dgn siapa? walaupon aku tau jawapannyer...sajer je tanya mana tau kot dh terjumpa yg sejati hahaha...

J mmg tak pernah serius dgn sesiapa kecuali cinta sejati n sampai mati dia...sorg awek yg bernama D...cinta yg tak kesampaian dgn D...tapi aku tau mmg dgn D sorg je J betul2 serius smpai kalau boleh nk kawen dgn D...tak penah lagi aku dgr J bercerita soal kawen dgn mana2 awek yg dia kenal...D sgt2 istimewa pada J...

aku tanya perkembangan D pada J...J kata tak tau...dah lama tak dgr kabar brite...ada gak dia buzz kat ym tapi D senyap je...J kata dia dapat rasa D cam ada prob skarang ni...tak tau la prob apa...sbb J kata dia rasa cam tak sedap ati n rasa cam tak kena...slalu nyer kalau dia rasa camtu...mesti ada kaitan dgn D....giler punya firasat...sejak bila ntah J percaya bnda2 camtu...tapi takleh nak kata gak sbb J kenal D dah lama...lagipon dgn D jer J ada feel sepenuh hati...maybe ada instinct la kot...aku pon tak tau la....

aku tanya pasal Z...awek yg masih mengharapkan cinta J walaupun J dah tak nak kat dia sbb Z slalu buat hal...J kata ada gak la kdg2 Z call + sms + ym...tapi dah nama pon J...dia bukan kesah sgt...kata J, feel kat Z dah expired date...hahaha....kira Z la awek pertama yg masuk stok feel yg dh expired date...tak pnah lagi aku dgr feel J expired dgn ex2 dia yg lain...slalu kalau ex2 dia cari dia balik...dia ok je...contoh skarang ni T...ok je J layan T...mmg nmpak sgt J tak leh blah dah dgn Z...macam2 la J...

dgr cerita J...rasanya J dgn sorg awek ni...nama nya N...baru2 kenal...tapi kata J...takde feel pon lagi...suke2 je....sejak bila lak kna ada feel...macam la dgn awek2 sblm ni kecuali D, J ada feel dgn dorg smua...ntah la J ni...yg pasti aku tau jauh di sudut hati J...J sntiasa mengharapkan D kembali pada dia walaupun J sendiri tau...dan aku pon tau gak...perkara itu tak mungkin terjadi...tapi nothing is impossible kan...apa2 je lah...asalkan ko bahagia J.....

yg pasal T tu...jaga2 skit...kang tak pasal2 kna belasah dgn suami T...

Adamaya : Slot Akasia Terbaru


Cerita ni baru start smalam...1st episode yg menarik dan buat aku tertarik utk teruskan menonton episod2 seterusnya....ending episode na o mei yg macam hampeh dapat dilupakan dgn menonton 1st episode slot akasia yg baru...Adamaya...adam+maya...

Adam dilakonkan oleh Sein Ruffedge dan Maya dilakonkan oleh Lisa Surihani...aku takde la minat sgt Lisa Surihani...tapi Lisa mmg ada bakat yg bagus dalam lakonan...lagipon cerita ni menarik...sbb tu la aku akan teruskan menonton...

Apa yg aku dapat simpulkan dari cerita ni adalah......maybe ini adalah apa yg aku percaya dan apa yg aku pegang berdasarkan pengalaman yg aku tau la kan...

" biar masa mula-mula kenal tak suke..tapi bila dah kenal bertambah suke n sayang....daripada mula-mula kenal dah suke n sayang tapi bila dah kenal...rasa cam hampeh..."

Jom layan sinopsis cerita adamaya ni...

ADAMAYA diterbitkan oleh MIG Production Sdn Bhd dan hasil nukilan menarik oleh Feroz Kader manakala Zarihah Hassan bertanggungjawab dalam penulisan skrip. Perkahwinan adalah suatu ikatan suci manakala cinta sejati menuntut pengorbanan.

Begitulah yang terjadi terhadap Adam, 24 tahun (Hussein) dan Maya, 21 tahun (Lisa Surihani). Adam kelulusan undang-undang tetapi lebih cenderung kepada fotografi. Maya, 21 tahun ialah pelajar universiti tahun kedua dalam bidang insuran.

Ibubapanya mengambil keputusan mencarikan suami yang dapat menjaganya kerana mereka terpaksa bekerja di luar negara selama lima tahun. Adam ialah pilihan terbaik kerana ibubapa mereka bersahabat baik.

Adam menurut kehendak ibubapanya kerana tidak mahu menghampakan mereka. Maya pada mulanya membantah kerana telah mempunyai kekasih hati, Dani (Faizal Yusup) tetapi setelah dipujuk oleh ibubapanya, dengan alasan yang kukuh, dia akhirnya bersetuju.

Walaupun tiada perasaan cinta, Adam sebagai suami telah bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka. Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak. Selepas lima tahun, percintaan mereka menghadapi dugaan tatkala Maya digoda kembali oleh Dani. Adam mula berjauhan dengan Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering bergaduh.

Adakah Maya akan menyedari tiada cinta yang lebih tulus selain dari cinta suaminya?

“ADAMAYA mengisahkan perkahwinan di usia muda, di mana memerlukan komitmen yang tinggi dan tanggungjawab serta persefahaman sesama pasangan."

Jangan lepaskan peluang untuk menonton ADAMAYA menerusi slot Akasia, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.30petang, hanya di TV3.

source : budiey.com

ABPBH2009 : Anugerah Terindah & Terakhir Siti Nurhaliza

ucapan rasmi dari Siti Nurhaliza di fan page nyer...

Siti amat terharu dan gembira kerana Sitizoners, peminat2 Siti dan anda yg menonton ABPBH di kaca tv di mana saja anda berada menyaksikan kejayaan tersebut bersama2. Siti sempat bertemu peminat di Genting Highlands semalam dan kpd yg tdk datang ke sana, Siti juga amat menghargai setiap usaha anda. Andalah perkara plg h...ebat dalam hidup dan karier Siti-PEMINAT TERSAYANG!

Salam. Siti ingin berkongsi kejayaan Siti malam tadi, Penyanyi Wanita Popular dan Bintang Paling Popular ABPBH bersama anda semua yg tlh dan tanpa jemu menyokong Siti selama 15 thn ini. Siti pasti undian andalah yg memungkinkan Siti meraih anugerah2 tersebut dan terima kasih yg tak terhingga. Pengorbanan dan sokongan a...nda amat Siti hargai. Sayaaaaaaaannnnnnngggggggg anda semua!


Dengan meraih 225,300 undian, penyanyi terkenal tanah air, Dato' Siti Nurhaliza berjaya merangkul kembali gelaran Bintang Paling Popular yang dimenangi empat tahun lalu pada Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 yang berlangsung malam tadi.

“Ini adalah anugerah terindah dalam hidup Siti sepanjang 15 tahun Siti dalam industri muzik,” katanya ketika ditemui di 'Post Party' ABPBH.Umum mengetahui Siti merupakan artis yang paling banyak menjulang gelaran Bintang Paling Popular, sebanyak tujuh kali. Pada tahun lepas, gelaran ini diberi kepada pelakon dan pelawak, Nabil.

“Siti tak menaruh harapan yang tinggi untuk Bintang Paling Popular. Kalau kalah pun Siti akan datang juga sebagai tanda sokongan.”

Selain menerima gelaran Bintang Paling Popular, penyanyi kelahiran Pahang ini turut memenangi kategori Penyanyi Wanita Popular. Siti juga telah mencipta sejarah tersendiri apabila memenangi anugerah ini sebanyak 13 kali.“Siti bersyukur kerana Siti melihat peminat-peminat Siti adalah orang yang sentiasa berada di belakang Siti, sentiasa menyokong Siti tidak kira susah atau senang. 15 tahun ini penuh dengan cabaran.

“Bila berada di ABPBH, di situlah mereka membuktikan mereka masih setia dengan Siti. Siti bersyukur mempunyai peminat yang sangat-sangat baik hati, sentiasa nak Siti berada di atas pentas. Peminat semua dah buktikan pada Siti yang sokongan mereka memang tak berbelah bagi.”

Pada malam itu, Siti telah menerima hadiah utama berupa kereta Nissan X-Trail berharga RM130,000, barang kemas bernilai RM150,000, pakej penginapan bernilai RM18,000, perabot dan trofi.

“Alhamdulillah, bersyukur kerana diberi kejayaan dalam karier, peminat yang hebat, kehidupan yang baik. Saya harap jika mula dengan baik akan akhir dengan baik.

Ingin berehat dari ABPBH
Setelah mengharungi 15 tahun sebagai anak seni, Siti akhirnya membuat keputusan untuk menarik diri dalam pencalonan ABPBH pada masa akan datang. Keputusan ini sedikit sebanyak telah mengejutkan ramai pihak.“Ini yang terakhir. Siti amat-amat mengharapkan yang semua pihak memahami. Siti dah 15 tahun. ABPBH banyak memberi Siti kejayaan, buat Siti jadi artis yang begitu matang sekali.”

Ditanya apakah sebab beliau ingin menarik diri, Siti menjawab, “Tak ada apa. Siti rasa sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk Siti berehat dari ABPBH. Siti dah maklumkan dari awal kepada mereka. Tak ada masalah untuk Siti jika mereka minta Siti menyanyi. Siti akan hadir cuma untuk bertanding ni, Siti rasa sudah tiba masanya untuk Siti berehat.

“Siti cuma mengharapkan agar di masa akan datang, Siti hadir sebagai penyokong di majlis ini dan melihat sendiri perkembangan industri seni.

Apabila ditanya adakah Siti turut berehat dari anugerah-anugerah lain selain ABPBH, Siti menjawab, “Anugerah lain masih okay.”

Namun dalam penarikan diri Siti dari ABPBH, ada juga persepsi yang mengatakan Siti menarik diri kerana ingin bagi peluang kepada artis-artis lain.

“Kalau nak cakap bagi peluang pada orang lain, tak nak lah. Nanti nampak macam Siti ni angkuh, takbur, cakap besar. Tak. Tak ada niat macam itu. Siti tekankan di sini, Siti nak berehat,” jelasnya yang turut memberitahu beliau ingin memberi tumpuan kepada produk terbarunya, ‘SimplySiti’.

Apabila ditanya apakah rahsia kejayaan Siti selama 15 tahun ini, Siti menjawab, “Kejayaan datang bukan dengan mudah. Siti berusaha keras. Tidak ada kejayaan yang datang bergolek.

"Siti selalu perbaiki diri, bekerjasama baik dengan semua orang dan berkerja keras. Siti pasti orang lain boleh berjaya macam Siti.”

source : gua.com.my, sensasi selebriti...

ABPBH2009


ari ahad 4 april 2010...berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009...anugerah wajib tgk...sbb aku tau CT ada...hehehe...walaupon aku tak vote...tapi aku yakin CT akan menang...

pembukaan dari faizal tahir dan bunkface...biasa2 jer sbb aku minat biasa2 jer kat dorg hehehe...pengacara yg bez iaitu Kak Engku dan Sharifah Shahira...bez..bez...Tahniah kepada Kak Engku dan Shira yang berjaya memeriahkan majlis. Memang terbaik!!!

ni senarai pemenang n org2 yg aku bajet menang tapi tak menang huhuhu...

1. Anugerah Pengacara TV Lelaki Popular – Aznil Haji Nawawi (dah agak dah..memang layak pun)

2. Anugerah Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana (dah agak dah..memang layak pun)

3. Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail (dah agak dah..memang layak pun)

4. Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana (dah agak dah..memang layak pun)

5. Penyanyi Duo/Artis Berkumpulan – Bunkface (bajet Meet Uncle Hussein & Black yg menang)

6. Artis Komedi Lelaki Popular – Nabil Raja Lawak (dah agak dah...tapi zizan pon ada peluang dapat)

7. Artis Komedi Wanita Popular – Noorkhiriah (dah agak dah..semangat gile ucapan dia)

8. Artis Baru Lelaki Popular – Black Mentor (dah agak dah...memang layak pun)

9. Artis Baru Wanita Popular – Yunalis Zarai (dah agak dah)

10. Pelakon TV Lelaki Popular – Remy Ishak (aku bajet fahrin yg menang huhuhu)

11. Pelakon TV Wanita Popular – Tiz Zaqyah (dah agak dah...citer nur kasih punya penangan)

12. Artis Nasyid Popular – Rabbani (dah agak dah)

13. Penyanyi Lelaki Popular – Aizad (dah agak dah..memang layak pun)

14. Penyanyi Wanita Popular – Siti Nurhaliza (sgt..sgt..dah agak dah..hehehe)

15. Pelakon Filem Lelaki Popular – Que Hailar (bajet farid kamil...tp aku suke kalau aaron yg menang huhuhu)

16. Pelakon Filem Wanita Popular – Liyana Jasmay (dah agak dah...lisa surihani pon ada peluang)

17. Anugerah Sepanjang Hayat – Datuk Khadijah Ibrahim (tak leh nk agak...hehehe)

18. Anugerah Bintang PALING Popular Berita Harian – Datuk Siti Nurhaliza (sgt..sgt...sgt..dah agak dah...tahniah, tahniah dan tahniah lagi)

sebahagian daripada pemenang-pemenang ABPBH 2009



na o mei : Last Episode


bukan la ari ni last episod nyer...smalam last episode...takde mood nk cite kt blog pasal last episod yg mmg cam hampeh tu...aku pon terasa hampeh sbb tgk citer tu tiap2 ptg sejak 1st episode...aku tgk pon sbb lagu2 dlm tu bez n aku suke cara na o mei n reza...tapi bila aku suka n tgk tiap2 ptg...skali ending cam hampeh...bengang betol aku...

ending tergantung :
1. arman melamar na o mei...na o mei suke la sgt (nyampah aku)...tapi tak cakap 'ya' pon...
2. nampak sgt muka reza tak puas ati masa proses lamaran berlaku....
3. na o mei still tak tau sapa bapak kandung dia walaupon bapak kandung dia ada kat situ...
4. na o mei tak tau gak kaitan antara dia dgn arina dan arman...
5. reza terima ker arina...macam tak je kan...

hangin tul aku tgk last episode smalam...dgr katanya akan ada na o mei 2...bagus la kalau ada...make sure penulis skrip buat skrip citer yg tak buat aku hangin dah...nak reza dgn na o mei...titik