Dubai : Ferrari Park in Dubai





Kereta : Saga SE convert jadi Subaru Impreza WRC2006



Kat atas ni membuktikan org Malaysia memang kool...tgk je la...dgn saga SE dah boleh convert jadi Subaru Impreza WRC2006 ...apa kata aku namakannya sebagai Subaga (Subaru + Saga) hehehe...walaupon mesti ramai yg kutuk2 kata nk tiru subaru...takpon mesti ada yg kata saga kena sumpah ke...atau pon owner dia xsedar diri...tapi bagi aku owner kete saga tu mmg kool...lantak la org lain nk ckp apa...yg penting org yg bawak rasa puas...lagipon ada gak inisiatif nak cantikkan kete..drpd sesetengah org yg nak basuh kete sbulan sekali pon malas sgt...

*aku back up baik punya owner kete saga kat atas ni bukanlah sbb aku owner kete tu ataupon aku kenal owner kete saga tu...aku tak kenal pon...*

kat bawah ni gambar subaru impreza WRC2006 yg sebenar...aku mmg suka sgt dgn kete ni...design meleleh beb...serba sedikit pasal kete ni...kete Subaru Impreza WRC2006 ni keluar tahun 2006...masa tu officially unveiled kat Monte Carlo... kete ni kete rally...dah nama pon subaru impreza WRC2006...kete cantik camni wat kete rally...kete ni di pakai oleh subaru rally team masa tahun 2006 iaitu Petter Solberg, Chris Atkinson and Stéphane Sarrazin...



Chelsea : Chelsea (7) vs Sunderland (2)


Aku kan peminat Chelsea...So kalau bola, citer pasal chelsea je la hehehe...
Chelsea ada match smalam...walaupun aku xdapat tgk tapi aku akan sntiasa mengikuti perkembagan chelsea...apa guna ada internet kan :) slalu boleh la nk lepak kat mamak tgk bola...skang xde la..kedai mamak yg tayang bola pon aku xpnah nmpak...kdai mamak pon aku x pnah nmpak kat sni...mcm mana la nk nmpak kalau seharian dok dlm umah jer hehehe...ada la jugak kluar...sekali sekala...

Chelsea lawan Sunderland semalam...rugi x tgk...byk tu gol dr chelsea...kalau tgk leh gak aku join jerit sekali...GOLLLLLL!!!!! hahaha...tahniah utk scorer2 chelsea smlm iaitu...
Anelka (7,64)
Malouda (17)
Cole (22)
Lampard (33,90)
Ballack (52)

ni plak kata2 dari couch chelsea...Carlo Ancelotti...

I Gotta Feeling _Black Eyed Peas

~~~ akhirnya dapat gak aku tau lagu apa n sapa yg nyanyi lagu nie...selalu bila aku pegi giant msti aku dgr lagu ni...tp xtau gak lagu apa...takkan aku nk masuk ofis giant n tanya lak kan hehehe...L yg share lagu ni dgn aku...tq 4 sharing :)
pasni layan la lagu ni yer.... ~~~

Formula One : 2010 Season

Tetiba teringat pasal F1 bila aku terpandangkan screen saver gmbar kete F1 mclaren...F1 tahun ni tak start lagi...bulan mac nanti baru start..kat malaysia punya event awal bulan 4..tahun ni awal2 dah pasang azam nk pg tgk F1 kt sepang...dah masuk dlm list '30 things that i want in 2010'...bukan stakat nak pegi tgk lepak kat hillstand...tp nk tgk dr grandstand...walaupun F1 tahun ni kurang seri bagi aku sbb my hero takde..sapa lagi kalau bukan Kimi Raikkonen...Kimi join WRC thn nie..sbb tak dapat join mclaren balik so kata kimi "either mclaren or nothing"..setelah persetujuan antara manager kimi n mclaren xdapat dicapai so kimi pon amik keputusan join WRC...aku harap untuk tahun ni je la yer kimi...please come back in F1 2011 huhu...i'll be missing u :)

Apa fakta F1 tahun ni..actually byk la kan..tp aku amik yg penting jer..
1. F1 2010 merupakan F1 untuk musim yang ke 61.

2. 13 pasukan akan berentap..4 pasukan baru iaitu Lotus F1 Racing (Malaysia), US F1 Team (US), Virgin Racing (UK), Campos Meta 1 (Spain).

3. Mercedes Benz beli Brawn GP dan menamakan team itu sebagai Mercedes GP Petronas..Petronas ada share sekali...

4. Juara F1 tahun lepas (2009) iaitu Jenson Button dah berpindah dari Brawn GP ke McLaren dan akan jadi rakan sepasukan Lewis Hamilton...

5. Anak saudara Ayrton Senna iaitu Bruno Senna join Campos Meta Team...

6. Juara Dunia yang sgt berjaya..Michael Schumacher yang dikatakan ingin bersara telah kembali ke sukan F1 setelah berehat selama 3 tahun...dan akan menyertai pasukan Mercedes GP Petronas bersama rakan sepasukannya Nico Rosberg.

2010 F1 Teams and Drivers

2010 F1 Calendar

Artikel : Wajib Buat Ketika Bercinta


Di dalam dunia ini, semua perkara yang kita lakukan haruslah mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Begitu juga di alam percintaan. Semua pasangan perlu mengikut peraturan-peraturan tertentu agar perhubungan yang terjalin tidak dipandang serong oleh segelintir masyarakat.

Dengan peraturan itu juga, kamu sebenarnya mampu mengecapi kebahagiaan. Apa yang penting, kamu dan pasangan sentiasa ikhlas ketika menjalinkan perhubungan dan tahu batas-batasnya.

Jika masih ada pasangan yang belum mengerti, apa kata kamu ikuti beberapa tip di bawah tentang perkara-perkara yang wajib kamu lakukan ketika bercinta bagi memastikan percintaan yang terjalin akan berakhir dengan kebahagiaan.

1. Sayangi dengan hati bukan perasaan
Jika kamu meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya pasti tidak akan bertahan lama. Ini kerana perasaan manusia tidak pernah mampu bertahan lama dan sentiasa berubah mengikut keadaan, masa dan situasi. Sebab itu, sebagai jalan terbaik, kamu mesti menyayangi si dia dengan ikhlas dan sepenuh hati.

Ini kerana jika kamu meletakkan perhubungan kamu berdasarkan hati, maka dari hati jugalah akan lahirnya cinta dan sayang yang kekal abadi untuk anda serta pasangan selama-lamanya.

2. Terima seadanya
Kamu harus akur tiada seorang pun di dunia ini yang sempurna segala-galanya. Oleh sebab itu, kamu harus menerima si dia seadanya dan terima segala kekurangan serta kelemahannya.

Walaupun mempunyai kelemahan, seharusnya kamu menganggapnya sebagai insan paling istimewa dalam hidupmu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah si dia mengikut kehendak kamu. Ini kerana sekali kamu berjaya mengubahnya, kamu akan terus berusaha untuk mengubahnya sehingga kamu merasakan si dia benar-benar sempurna di matamu.

Tentu kamu masih ingat bagaimana kamu boleh jatuh cinta padanya, sudah tentu kerana dia adalah dirinya dan perkara itulah yang perlu kamu pertahankan. Jika kamu terus selesa dengan apa yang ada padanya, si dia sudah tentu lebih cinta kepada kamu.

3. Hargai pengorbanannya
Si dia tentu telah banyak berkorban demi mempertahankan percintaan yang terjalin. Oleh sebab itu, kamu perlu menghargai segala pengorbanannya dan jangan sekali-kali pernah terfikir untuk mempermainkan hati dan perasaannya.

Jika kamu bijak menghargai segala pengorbanan yang telah dilakukannya, tidak mustahil si dia sanggup melakukan apa sahaja untuk kamu demi untuk melihat kamu tersenyum setiap hari.

4. Hormati pendiriannya
Sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain menjadikan hubungan cinta yang terjalin lebih bermakna dan romantis. Jika si dia masih belum dapat menerima cinta kamu sepenuhnya, jangan sekali-kali mendesak atau memaksanya.

Sikap kamu yang suka memaksa dan mendesak membuatkannya cepat bosan dan akhirnya akan pergi meninggalkan kamu. Jalan terbaik, hormatilah pendiriannya dan berikannya masa untuk memikirkan tentang perhubungan yang terjalin.

Sebaliknya, sikap kamu yang memahami dan sentiasa menghormati pendiriannya sedikit sebanyak sudah pasti akan menarik perhatiannya. Oleh itu, berikannya masa. Bak kata pepatah, jika sudah sememangnya jodoh anda bersamanya, pasti tidak akan ke mana-mana.

5. Yakin pada keistimewaannya
Setiap individu pastinya mengimpikan seorang pasangan yang bukan sahaja sempurna malah punya keistimewaan yang tersendiri. Jika pasangan kamu seorang yang tampan, bijak, kaya dan berkerjaya bagus, itu tentunya satu bonus buat anda.

Jika pasangan anda seorang yang sederhana, yakinlah pada keistimewaan lain yang dimilikinya. Jangan sekali-kali merendah-rendahkan dirinya. Apa yang penting si dia mencintai kamu sepenuh hati dan sanggup melakukan apa sahaja demi melihat kamu gembira.

6. Jangan berprasangka
Sikap wanita yang terlalu suka berprasangka buruk terhadap lelaki sering menjadi alasan mengapa lelaki suka mencari wanita lain di dalam hidupnya. Ini kerana sikap suka berprasangka hanya akan memburukkan perhubungan yang terjalin.

Jalan terbaik, kamu memberikannya peluang untuk memberi penjelasan dan percayalah kepada kata-katanya. Jika kamu masih ragu-ragu, selidikinya dengan cara yang paling terpuji dan cuba letakkan diri kamu di dalam situasi yang sedang dihadapinya.

Sikap kamu yang sentiasa memberikannya peluang untuk menyatakan perkara sebenar sudah pasti amat dihargainya. Sekaligus peluang untuk kamu menjalinkan hubungan cinta dengan lebih bermakna, terbentang luas di hadapanmu.

7. Sayanginya setiap hari
Usah sesekali kamu berjanji untuk mencintai dan menyayangi si dia buat selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi kamu mungkin akan berakhir keesokan harinya.

Cubalah berjanji untuk menyayangi dirinya setiap hari dan cuba jadikan setiap hari itu adalah hari terakhir untuk kamu berdua. Cuba lakukannya dan pastinya kehidupan intim kamu dan pasangan akan berubah ceria. Ini kerana setiap hari kamu akan saling menyayangi antara satu sama lain.

8. Capai persefahaman
Kata orang, perkara yang paling penting dalam kehidupan berpasangan adalah sikap saling memahami antara satu sama lain. Oleh sebab itu cubalah berusaha untuk mencapai persefahaman. Harus diingat rasa persefahaman itu perlu dipupuk dan ianya tidak lahir secara semulajadi.

Paling baik jika kamu bukan sahaja memahami tetapi turut sama di dalam aktiviti-aktiviti yang gemar dilakukannya. Dengan ini, perhubungan yang terjalin akan menjadi lebih erat dan mampu untuk bertahan selamanya.

9. Jangan cepat berbangga
Berjaya memilikinya bukan satu tiket untuk anda berbangga atau bermegah-megah. Anda hanya boleh berbangga jika perhubungan yang terjalin itu berjaya anda jaga sehingga ke akhir hayat anda.

Ini kerana tiada seorang pasangan pun yang gemar memiliki pasangan yang suka berbangga dengan kejayaan yang dimiliki. Oleh sebab itu, sentiasalah bersederhana dan jadikan kehidupan anda berdua sama seperti kebanyakan pasangan lain yang ada di luar sana.

10. Sentiasa bersyukur
Walaupun lelaki memiliki sifat tidak pernah puas, namun berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita lebih sukar untuk dipuaskan di dalam apa jua aspek.

Mereka tidak pernah puas dengan apa sahaja yang diberikan oleh lelaki termasuklah layanan di ranjang. Wanita juga dikatakan sukar untuk menahan diri daripada mahu memiliki sesuatu yang sempurna.

Adakalanya mereka sanggup merayu-rayu asalkan apa yang mereka hajati diperolehi. Sikap sebegini amat menjengkelkan lelaki kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang sentiasa bersyukur dengan apa sahaja yang mereka miliki.

Anugerah Juara Lagu ke-24

AJL24 menyaksikan pertandingan 14 buah lagu oleh 13 artis-artis popular solo dan berkumpulan. Tahun ini AJL kembali ke format asalnya iaitu secara sistem terbuka. Tiada lagi kategori Etnik Kreatif, Pop Rock dan Balada.

Secara keseluruhan, persembahan semua artis pada malam ini cukup mengkagumkan. Selain membuatkan penonton terpegun dengan kehebatan vokal masing-masing, penonton juga terhibur dengan setiap persembahan yang ditampilkan. Ternyata pelapis baru industri muzik mempunyai idea memberangsangkan.

Bertemakan Music Unfold, AJL24 malam ini menerapkan perkembangan dan perjalanan arus muzik dan irama terutamanya di dalam industri tempatan. Pembukaan acara malam turut mencipta sejarah apabila Diva nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza berduet dengan mantan vokalis Meet Uncle Hussien, Lan menerusi lagu ‘Laguku Untukmu’yang merupakan juara AJL23. Paduan vokal dua penyanyi ini cukup hebat dan unik sehingga mendapat sorakan dan tepukan gemuruh daripada penonton di stadium.

Persembahan penutup yang hebat dan terkesan di memori setiap yang hadir. Kehadiran ‘otai-otai’ lama berjaya mengheret penonton mengimbas ke zaman kegemilangan irama muzik pop yeh yeh, disco, rock dan irama terkini muzik indie.
AJL24 sekali lagi menampilkan gandingan Ally Iskandar, Faizal Ismail dan Cheryl Samad sebagai pengacara. Ketiga-tiga pengacara ini berjaya menghiburkan penonton apabila meneruskan kesinambungan promosi AJL24 sebelum ini apabila Faizal dan Ally saling ‘bergaduh’ dan perli-memerli. Cheryl pula bertindak menjadi orang tengah. Tindak-tanduk mereka ini menghiburkan dan menghidupkan suasana.

Dalam banyak2 performance AJL aritu..sdah semestinya performance dari ct dan lan yg aku paling suka...ct mmg bez...lan pon mantap..tgk je la masa AJL23 tahun lepas...fuhh dasyat...

Tempat Pertama - Pergi_Aizat
Tempat Kedua - Dan Sebenarnya_Yuna
Tempat Ketiga - Bencinta_Faizal Tahir
Vokal Terbaik - Aku Rindu Sayang Kamu_Black
Persembahan Terbaik - Kau Aku_Aizat




CT : Happy Birthday SITI NURHALIZA :)


Hari ni 11 Januari 2010...
(actually semalam sbb skang ni nk dkt pkul 2am so dah masuk 12hb la kan)
Tak lain dan tak bukan...ari ni bday seseorg yg aku ske sejak aku kecik lagi..sejak dia kluar tv aku dah ske kat dia nie...sampai la sekarang...bukannya xde artis lain yg muncul sepanjang tempoh aku membesar tapi entah la...ct jugak tetap jadi pojaan hatiku...lagipon maybe sbb dalam diri aku ni ada elemen kesetiaan yg lebih...bila dah ske kat seseorg tu...ske kat org tu jer la...setia betul...kiranya aku bukan lah peminat ct yg fanatik...sbb aku pon xde la tau smua lagu ct sjak 1st album...tp kalau lagu ct kluar radio, walaupun aku x tau lagu apa tp aku tau ct yg nyanyi...aku knal suaranya...suara yg bisa meruntun jiwa...senyuman yg bisa melenyapkan segala keresaan di jiwa...klasik betul ayat aku...masa skolah dulu x blaja sastera pon hahaha...walaupun aku bukanlah peminat fanatik ct...tapi aku adalah peminat setia ct...belum ada sesiapa lagi yg mampu menggugat kdudukan ct...carta no 1 nih hehehe...

kepada ct...aku ucapkan selamat hari lahir...semoga sentiasa bahagia dan dimurahkan rezeki...kejayaan sentiasa milikmu...

ucapan ct di facebooknya...(aku pon salah sorg yg wish..hikhik)
Terima kasih atas ucapan, ingatan dan doa anda pada hari lahir Siti hari ini....31 tahun, melalui banyak perkara dalam perjalanan hidup...dan Siti bersyukur kerana masih diberikan ruang utk bernafas hingga ke hari ini..Alhamdulillah....

DUBAI : BURJ DUBAI...akhirnya :)


akhirnya...Burj Dubai atau sekarang ni dikenali sebagai Burj Khalifa dibuka secara rasmi pada 04 januari 2010...selalu aku tgk pasal dubai ni kat discovery channel.. sejak tebinanya syurga dunia kat dubai tu (syurga dunia aku panggil...memandai je kan)...aku dah siapkan impian nak bermalam di Burj Al-Arab..hotel yang bentuk kapal layar tu...lepas tu nak buat lawatan kat Burj Khalifa..bangunan tertinggi di dunia...lepas tu shopping kat Dubai Mall dan menikmati muzik kat dubai fountain....indahnya impian...

impian bukan sekadar impian...impian kan jadi kenyataan...insyaAllah..amin.



happy new year 2010


walaupun hari ni dah hari ke brapa ntah dalam bulan januari 2010 tp still mood tahun baru kan...aku ucapkan selamat tahun baru...macam biasa la...bila masuk tahun baru jer sibuk la dgn azam tahun baru..aku pon tak terkecuali...apa azam aku thn nie ye...emmm...kawan dgn org nama azam hahahaha...x susah nk cari pon sbb budak umah aku ada yg namanya azam...mesti korg ingat aku dok ngn lelaki...tak baik tau...azam yg aku maksudkan tu pompuan...azam bkn nama manja tp nama sebenar...knapa nama dia azam kna la tanya mak ayah dia...walaupun pompuan mesti korg bayangkan azam tu ala2 berkemeja masuk dalam n rambut terpacak2 konon2nya stylo...tapi tak...korg silap....azam sungguh feminin...dgn baju kemeja yg dipadankan dgn seluar panjang @ kdg2 skirt pendek..berambut panjang mengurai...bertumit tinggi...

apa pasal aku citer pasal azam yg kat umah aku lak ni...ish2...nak citer pasal azam tahun baru 2010 la weh...apa daa...apa azam 2010 aku yer...semestinya ada...smoga segalanya akan tercapai... insyaAllah...amin...


setelah sekian lamanya...

slalu baca blog org lain jer...arini baru la nak start jadi blogger yang sah....apa ke maksud yang sah tu hehehe...dolu2 penah la ada blog...tapi itu blog rahsia...so biarlah rahsia....wahhhh dasyat jer bunyinya...tp dah lama sgt xbukak n dah delete dah pon hehehe....setelah asik la dipaksa oleh kakyat supaya aku buat blog so dgn rasminya tercipta la blog aku ni...kepada kakyat...arap2 puas ati ek...