AJL24 menyaksikan pertandingan 14 buah lagu oleh 13 artis-artis popular solo dan berkumpulan. Tahun ini AJL kembali ke format asalnya iaitu secara sistem terbuka. Tiada lagi kategori Etnik Kreatif, Pop Rock dan Balada.

Secara keseluruhan, persembahan semua artis pada malam ini cukup mengkagumkan. Selain membuatkan penonton terpegun dengan kehebatan vokal masing-masing, penonton juga terhibur dengan setiap persembahan yang ditampilkan. Ternyata pelapis baru industri muzik mempunyai idea memberangsangkan.

Bertemakan Music Unfold, AJL24 malam ini menerapkan perkembangan dan perjalanan arus muzik dan irama terutamanya di dalam industri tempatan. Pembukaan acara malam turut mencipta sejarah apabila Diva nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza berduet dengan mantan vokalis Meet Uncle Hussien, Lan menerusi lagu ‘Laguku Untukmu’yang merupakan juara AJL23. Paduan vokal dua penyanyi ini cukup hebat dan unik sehingga mendapat sorakan dan tepukan gemuruh daripada penonton di stadium.

Persembahan penutup yang hebat dan terkesan di memori setiap yang hadir. Kehadiran ‘otai-otai’ lama berjaya mengheret penonton mengimbas ke zaman kegemilangan irama muzik pop yeh yeh, disco, rock dan irama terkini muzik indie.
AJL24 sekali lagi menampilkan gandingan Ally Iskandar, Faizal Ismail dan Cheryl Samad sebagai pengacara. Ketiga-tiga pengacara ini berjaya menghiburkan penonton apabila meneruskan kesinambungan promosi AJL24 sebelum ini apabila Faizal dan Ally saling ‘bergaduh’ dan perli-memerli. Cheryl pula bertindak menjadi orang tengah. Tindak-tanduk mereka ini menghiburkan dan menghidupkan suasana.

Dalam banyak2 performance AJL aritu..sdah semestinya performance dari ct dan lan yg aku paling suka...ct mmg bez...lan pon mantap..tgk je la masa AJL23 tahun lepas...fuhh dasyat...

Tempat Pertama - Pergi_Aizat
Tempat Kedua - Dan Sebenarnya_Yuna
Tempat Ketiga - Bencinta_Faizal Tahir
Vokal Terbaik - Aku Rindu Sayang Kamu_Black
Persembahan Terbaik - Kau Aku_Aizat